Apakah perubahan yang anda boleh lakukan kepada sebuah Story?

Setelah anda mencipta sebuah "Story", leretkannya ke kanan untuk menambah/memadamkan kata laluan atau untuk memuat turun foto-foto baharu yang ditambah oleh rakan-rakan anda. Leret "Story" ke kiri untuk memadamkannya.

Untuk menjemput rakan-rakan anda ke "Story", buka dan tekan butang "Kongsi" pada penjuru kanan atas skrin. Sekiranya rakan-rakan anda sudah pun mempunyai aplikasi "Capture" pada telefon mereka, mereka akan dihalakan terus ke aplikasi dan boleh mula menambah foto atau memberi komen apabila anda berkongsi melalui pesanan teks . Sementara orang lain menyertai "Story" anda, anda akan dapat melihat berapa ramai rakan yang telah menambah atau memberi komen pada foto.

Adakah artikel ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna
Ada soalan lagi? Hantarkan permintaan