Ikut

Apakah itu Capture?

Capture menyandarkan gambar-gambar anda dengan mudah dan memberikan akses kepadanya pada bila-bila, di mana jua.

Apabila anda mendaftar, anda akan mendapat 2GB penstoran secara percuma. Sekiranya anda ingin atau memerlukan lebih banyak penstoran, anda boleh membeli langganan daripada laman web kami.

Kami memfokuskan kepada penstoran data yang terjamin dan peribadi. Hari ini, semua data dienkripsikan menggunakan 256-bit Advance Encrpytion Standard (AES), dan disimpan di pusat data pihak ketiga. Kami mengenkripsi data di pelayan hujung depan yang terletak di pusat data kami sendiri (di Norway). Di antara pelanggan dan pusat data, data dihantar melalui pautan SSL.

Kami mematuhi undang-undang Norway berkenaan penstoran data dan Terma Perkhidmatan kami.

Oleh kerana "Capture" boleh didapati di pelbagai pasaran, anda mungkin menjumpai nama yang lain untuk perkhidmatan kami - "Min Sky".

Yang berikut merupakan pautan yang pantas kepada seksyen-seksyen yang lain di forum ini:

Adakah artikel ini membantu?
1 daripada 1 mendapati ini berguna
Ada soalan lagi? Hantarkan permintaan